Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED), Datuk Gerald Rentap Jabu

Fazzrudin calon tepat terajui FAS – Gerald Rentap

KUCHING, 29 Mei: Pencalonan Dato Fazzrudin Abdul Rahman sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) menjelang Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) FAS 2025-2027 yang dijangka berlangsung 14 Jun adalah tepat.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Gerald Rentap Jabu berkata, ia mengambil kira pengalaman dan daya kepimpinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong itu mengemudi Kuching City FC untuk berada dalam kelompok empat terbaik dalam saingan Liga Super 2024/2025.

“Memang dia calon paling tepat untuk menduduki kerusi panas ini (Presiden FAS).

“Kita melihat kepada pengalaman dan daya kepimpinan beliau,” katanya selepas sidang media Kejohanan Skuasy Individu dan Berpasangan Asia 2025 di sini, hari ini.

Gerald menjelaskan, kredibiliti Pengerusi KCFC itu juga memang tidak dapat disangkal menerusi program pembangunan bola sepak yang dilaksanakan terutama di peringkat akar umbi.

“Secara peribadi, saya menyokong penuh keputusan dibuat semua wakil ahli gabungan badan induk FAS memilih Dato Fazzrudin sebagai calon Presiden FAS yang baharu,” ujarnya.-TVS
Tags: FAS, KCFC, Presiden

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan