Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan bomba menjalankan operasi menyelamat dan membawa naik mangsa selepas kenderaan pacuan empat roda terbabas ke dalam gaung berhutan di Jalan Penampang–Tambunan. Foto JBPM Sabah

Dua maut, seorang cedera pikap jatuh gaung

ByTVS

PENAMPANG, 29 Mei: Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki terbabas lalu terjunam ke gaung di Jalan Penampang–Tambunan berhampiran Kampung Moyog malam tadi.

Ketiga-tiga mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke Kampung Madsiang selepas menghadiri majlis perkahwinan di Tambunan.

Pemandu Steve Oyong, 54, dan penumpang Rayner Jentolmin@Condrad, 49, disahkan meninggal dunia di lokasi manakala Maxwell Minor, 29, cedera dan dihantar ke hospital oleh ambulans PBSM.

Menurut Komander Operasi PBK I KUP Mohd Khairul Abd. Kohir, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.15 malam dan tiba di lokasi kira-kira 40 minit kemudian.

“Pasukan kami menaikkan semua mangsa dari gaung dan memberi rawatan awal kepada mangsa cedera sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan,” katanya.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.37 malam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan