Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anwar hadir pada perhimpunan warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya di sini pagi ini. Foto, Afiq Johari (TVS).

ASEAN tidak boleh buat keputusan merugikan ahli

ByAmirah Shawel

PUTRAJAYA, 29 Mei: Negara-negara anggota ASEAN tidak boleh membuat sebarang keputusan yang boleh merugikan ahlinya, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, blok ASEAN perlu bergerak sebagai satu pasukan bagi menghadapi cabaran dan ketidaktentuan global meskipun sesetengah negara memiliki hubungan baik dengan blok lain.

“Setiap negara mempunyai strategi masing-masing, (seperti menjalin hubungan) dua hala atau bilateral tetapi ASEAN perlu pertahankan 650 juta rakyat.

“(Harapan saya) jangan ada satu keputusan dibuat oleh Malaysia atau Vietnam yang merugikan negara lain,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Tambah Anwar, negara anggota juga perlu menerapkan nilai rendah diri dan mesra dengan semua tanpa mengira faktor geografi atau ekonomi sesebuah negara itu.

Menurutnya, perkara itu dapat dilihat dengan nilai persefahaman yang wujud dalam kalangan negara anggota apabila proses keahlian Timor-Leste sebagai ahli penuh dapat dicapai menjelang Oktober ini.

“Setelah berbeza pandangan, (akhirnya) tercapai juga keputusan strategi bersama untuk menjaga kepentingan bersama ASEAN,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan