Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata dasar tanah sub tanah di bawah Kanun Tanah 1958 menjadi milik kerajaan Sarawak selepas pembentukan Malaysia. Foto Nadim Bokhari (TVS)

WEF iktiraf Kepimpinan Sarawak dalam Peralihan Tenaga Hijau, Bintulu dicalon sebagai Kluster Industri Peralihan Pertama Malaysia

ByZhahrulniza

KUCHING, 28 Mei: Usaha Sarawak dalam menerajui agenda peralihan tenaga hijau terus mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa apabila Forum Ekonomi Dunia (WEF) mengiktiraf kepimpinan Sarawak dalam melaksanakan pembangunan mampan berteraskan tenaga bersih.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, beliau telah menerima jemputan daripada WEF untuk berkongsi aspirasi tenaga hijau Sarawak pada Mesyuarat Tahunan WEF Juara Baru yang akan berlangsung di Tianjin, China pada 26 Jun ini.

“Ini membuktikan keyakinan komuniti antarabangsa terhadap pendekatan Sarawak dalam memperkukuh ekonomi hijau yang inklusif dan lestari,” katanya ketika menyampaikan sesi penggulungan laporan kemajuan pembangunan negeri di DUN Sarawak, hari ini.

Pada masa sama, Bintulu telah dicalonkan sebagai wakil pertama Malaysia untuk inisiatif Peralihan Kluster Perindustrian (TIC) WEF menandakan keyakinan forum tersebut terhadap keupayaan Sarawak dalam menyeimbangkan pertumbuhan industri dengan pemeliharaan alam sekitar.

TIC merujuk kepada kawasan geografi yang menempatkan pelbagai industri dan perniagaan yang berkolaborasi untuk beralih daripada amalan konvensional kepada operasi rendah karbon selaras dengan matlamat sifar bersih.

Setakat ini, sebanyak 35 kluster industri di seluruh dunia telah menyertai inisiatif ini termasuk Port of Rotterdam di Belanda, Ohio Clean Hydrogen Hub Alliance di Amerika Syarikat dan Kawasaki Carbon Neutral Complex di Jepun.

Menurut Abang Johari, Sarawak kini sedang giat melibatkan pihak berkepentingan utama di Bintulu dan Samalaju bagi memuktamadkan TIC Statement of Ambition sebagai satu komitmen rasmi kepada peralihan industri rendah karbon.

“Usaha ini bukan sahaja untuk mendapatkan pengiktirafan di Davos awal tahun hadapan tetapi juga bagi meletakkan Sarawak setanding dengan pemimpin global dalam membentuk masa depan industri rendah karbon,” tegas beliau.

Langkah ini seiring dengan matlamat Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 untuk menjadikan Sarawak sebagai negeri maju berpendapatan tinggi yang menerapkan pembangunan mampan sebagai teras kemajuan ekonomi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan