Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota bomba membantu wanita yang terbabit dalam kemalangan di Sibu, hari ini. Foto JBPM

Wanita cedera dalam kemalangan di jejambat jalan Sibu-Bintulu

SIBU, 28 Mei: Seorang wanita cedera manakala tiga kanak-kanak tidak mengalami apa-apa kecederaan dalam kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda di jejambat Jalan Lapangan Terbang Sibu menghala ke Sibu Jaya, hari ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menggerakkan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati kenderaan tersebut terbabas dan melanggar benteng penghadang di tepi jejambat.

“Kemalangan itu menyebabkan seorang wanita, yang juga pemandu, mengalami kecederaan di muka serta tangan kiri,” katanya dalam kenyataan.

Tindakan segera pihak bomba adalah memasang pendakap leher kepada mangsa dan memindahkannya ke atas pengusung.

Kesemua mangsa diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan lanjut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan