LAWAS, 28 Mei: Seekor ular tiung cincin emas sepanjang lebih dua meter ditemui bersembunyi dalam dinding sebuah rumah di Kampung Nor Islam, Kuala Lawas, hari ini.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Lawas, Leftenan (PA) Maradona Tatah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.55 petang sebelum menggerakkan anggota ke lokasi kejadian.
“Setibanya di rumah berkenaan, pasukan mendapati ular tersebut berada di dalam struktur dinding,” katanya dalam kenyataan.
Anggota APM terpaksa memecahkan sebahagian dinding untuk menangkap ular tersebut.
Ular itu berjaya ditangkap menggunakan penyepit khas.