Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kenderaan yang membawa Menteri Hal Ehwal Luar dan Kerjasama Timor-Leste Bendito dos Santos Freitas tiba di pekarangan Institut Jantung Negara (IJN) pada 7.48 pagi tadi.Foto, Bernama.

Sultan Brunei stabil, dinasihatkan berehat beberapa hari di IJN – PMO

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 28 Mei: Pejabat Perdana Menteri (PMO) memaklumkan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) akibat keletihan berada dalam keadaan stabil.

PMO memaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkesempatan menziarahi baginda pagi tadi.

“Baginda masih memerlukan pemantauan oleh pasukan perubatan yanbg telah menasihatkan agar Tuanku tidak menerima pelawat buat masa ini kecuali daripada Keluarga Diraja Brunei sahaja, demi memastikan proses pemulihan dapat berjalan lancar,” kata PMO menerusi kenyataan media hari ini. 

Tambah PMO, Sultan Hassanal Bolkiah ketika ini ditemani oleh Raja Isteri Pengiran Anak Saleha di IJN.

“Perdana Menteri menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama mendoakan semoga Tuanku dikurniakan afiyah sesegera mungkin serta sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT,” menurut kenyataan itu.

Pada Selasa, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Sultan Brunei berehat di IJN atas faktor keletihan setelah menyertai Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 selama dua hari. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan