Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang sedang berehat di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur berada dalam keadaan baik. Foto, TVS.

Sultan Brunei berada dalam keadaan baik – PM Anwar

ByHafeezzur Muzamir

PUTRAJAYA, 28 Mei: Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang sedang berehat di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur berada dalam keadaan baik.

Menurut Perdana Menteri, beliau telah melawat Sultan Hassanal Bolkiah pagi tadi.

“Keadaan baginda baik, Alhamdulillah, cuma baginda mahu berehat,” katanya kepada pemberita selepas hadir Majlis Penutup Persidangan Juruaudit 2025 di sini hari ini.

Anwar menambah, kenyataan rasmi berhubung keadaan terkini Sultan Brunei itu akan dikeluarkan pihaknya dalam masa terdekat.

Semalam, pada sidang media selepas berakhirnya Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Anwar mengesahkan Sultan Brunei dimasukkan ke IJN akibat keletihan.

Hari ini, Jabatan Perdana Menteri (JPM) Brunei dalam satu kenyataan berkata, baginda berada dalam keadaan sihat dan dinasihatkan untuk berehat beberapa hari di IJN. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan