Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak yang jug Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kerajaan Sarawak komited memperkukuh daya saing serta menyokong pertumbuhan jangka panjang sektor industri demi masa depan ekonomi yang lestari. Foto UKAS

Sarawak peruntuk RM40 juta laksana projek pembangunan perindustrian

ByAkma Salleh

KUCHING, 28 Mei: Sarawak memperuntukkan sebanyak RM40 juta untuk melaksanakan projek pembangunan di 14 buah kawasan perindustrian seluruh negeri, kata Timbalan Premier Sarawak yang jug Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Inisiatif itu kata beliau bertujuan untuk memperhebat usaha memperluas infrastruktur perindustrian serta membangunkan pelbagai kemudahan bagi merangsang ekosistem perniagaan yang lebih dinamik dan mampan.

Selain itu, menurut beliau ia menggambarkan komitmen kerajaan memperkukuh daya saing serta menyokong pertumbuhan jangka panjang sektor industri demi masa depan ekonomi yang lestari.

“Pada tahun 2025, kementerian saya telah memperuntukkan bajet sebanyak RM40 juta bagi pembangunan 14 kawasan perindustrian. Kawasan-kawasan perindustrian ini direka untuk memenuhi keperluan pelbagai sektor termasuk pembuatan, teknologi dan tenaga mampan, selaras dengan agenda pembangunan perindustrian kami.

Selain itu, kementerian juga sedang membangunkan 18 Anjung Usahawan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM11.5 juta, yang menyediakan infrastruktur asas terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Untuk rekod, sehingga suku pertama 2025, Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan telah menyiapkan enam taman perindustrian dan empat Anjung Usahawan.

Jelasnya lagi, lima taman perindustrian dan dua Anjung Usahawan sedang dalam pembinaan, manakala sembilan taman perindustrian dan 17 Anjung Usahawan berada di pelbagai peringkat pra-pelaksanaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan