Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) bakal memacu agenda pembangunan Sarawak dengan lebih menyeluruh melalui 10 strategi utama dengan tumpuan terhadap 15 sektor sosioekonomi dan pemudah cara pembangunan. Foto TVS

RMK13 Sarawak dipacu 10 strategi utama

ByShafik Ahmad

KUCHING, 28 Mei: Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) bakal memacu agenda pembangunan Sarawak dengan lebih menyeluruh melalui 10 strategi utama dengan tumpuan terhadap 15 sektor sosioekonomi dan pemudah cara pembangunan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata RMK13 selaras dengan aspirasi di bawah Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 2030 (PCDS 2030), dengan penekanan terhadap pelaksanaan berimpak tinggi, mampan, dan inklusif.

“Perancangan yang kuat sahaja tidak mencukupi. Masa depan Sarawak bergantung kepada pelaksanaan yang cekap serta tahap kebertanggungjawaban kita dalam menyampaikan hasil sebenar kepada rakyat,” tegas beliau.

Menurutnya Strategi Pemacu Pembangunan Sarawak melibatkan tenaga bersih, industri strategik, pelaburan swasta, guna tamah optimum serta pemerkasaan kualiti hidup.

Antara lain pembangunan modal insan, aspek keselamatan dan bencana, iklim dan ESG, sumber asli dan pemerkasaan keusahawanan melalui pembinaan kapasiti dan akses pasaran.

Beliau menegaskan bahawa RMK13 akan memberi perhatian khusus kepada 15 sektor sosioekonomi dan pemudah cara pembangunan melibatkan tenaga, digital, pertanian moden, pendidikan, kesihatan, pelancongan dan pembangunan luar bandar.

Bagi memastikan pelaksanaan yang cekap, satu kerangka penyampaian menyeluruh akan dilaksanakan, merangkumi pendekatan Integrated Results-Based Management (IRBM), Results-Based Budgeting, dan Value Management.

“IRBM akan menjadi asas perancangan dan pemantauan strategik supaya semua projek diselaraskan dengan matlamat 2030. Pembiayaan akan dikaitkan secara langsung dengan hasil yang boleh diukur,” jelasnya lagi.

Setiap projek juga akan dinilai menggunakan kaedah Value at Entry bagi memastikan kesediaan, kebolehlaksanaan dan anggaran kos tepat yang dijangka mengurangkan kelewatan serta meningkatkan kualiti pelaksanaan. —TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan