Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli mengumumkan perletakan jawatan beliau dalam kabinet hari ini. Foto, fail TVS.

Rafizi umum letak jawatan Kabinet berkuat kuasa 17 Jun

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 28 Mei: Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mengesahkan beliau telah menghantar surat peletakan jawatan dalam kabinet kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Beliau berkata peletakan jawatan itu akan berkuat kuasa 17 Jun depan dan akan menghabiskan baki cuti tahunan  pada 16 Jun.

Jelas Rafizi, beliau menyertai politik bertujuan untuk membawa budaya baharu yang berteraskan tanggungjawab dan mandat rakyat.

“Kekalahan dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini bermakna saya tidak lagi mempunyai mandat daripada parti saya untuk menterjemahkan agenda rakyat yang digagaskan oleh PKR menjadi program kerajaan.

“Seperti mana amalan di negara-negara yang menitikberat prinsip demokrasi, pemimpin yang kalah dalam pemilihan parti perlu memberi laluan kepada pemimpin yang menang mengambil tempat di dalam kerajaan,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan itu menegaskan, amanah sebagai Menteri Ekonomi telah disempurnakan dengan penghasilan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang telah dimuktamad dan akan dibentang pada sidang Parlimen seterusnya.

“RMK13 telah digubal untuk memberi penekanan kepada reformasi pendidikan yang lebih menyeluruh, termasuk beberapa reformasi struktur yang melibatkan Kementerian Pendidikan,” katanya.

“Saya berharap agar Jemaah Menteri terus mengekalkan beberapa reformasi berani yang melibatkan Kementerian Pendidikan di dalam RMK13, meski tidak berada di dalam Jemaah Menteri lagi,” katanya.

Dalam pemilihan PKR berakhir minggu lalu, Rafizi gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR selepas tewas kepada Nurul Izzah Anwar. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan