Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto fail AFP

PM luluskan permohonan cuti dua menteri

ByTVS

KUALA LUMPUR, 28 Mei: Pejabat Perdana Menteri (PMO) memaklumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meluluskan permohonan cuti dan pengunduran dua menteri sebagai anggota kabinet hari ini.

Pengunduran itu membabitkan Datuk Seri Rafizi Ramli selaku Menteri Ekonomi dan Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar.

“ Setelah meneliti permohonan tersebut, Perdana Menteri telah bersetuju meluluskan permohonan cuti kedua – dua menteri berkenaan.

“ Sebarang keputusan lanjut terkait perkara ini akan dimaklumkan kemudian oleh Perdana Menteri,” jelas PMO menerusi kenyataan media malam ini.

Awal petang ini, Rafizi dan Nik Nazmi mengumumkan mereka melepaskan jawatan Kabinet selepas kalah dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru – baru ini. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan