Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nik Nazmi mengikut jejak langkah Datuk Seri Rafizi Ramli mengumumkan melepaskan jawatan kabinet hari ini. Foto, Afiq Johari (TVS).

Nik Nazmi umum berundur daripada Kabinet

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 28 Mei: Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan perletakan jawatannya dalam Kabinet berkuat kuasa 4 Julai depan.

Nik Nazmi berkata, beliau telah menghantar surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

“Saya bercuti bermula esok hingga 3 Julai 2025.

“Sejak dilantik ke dalam Jemaah Menteri sebagai Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (bermula Disember 2022 hingga Disember 2023) dan seterusnya sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (Disember 2023 hingga Julai 2025).

“Saya telah berusaha sebaik mungkin bersama Timbalan Menteri dan para penjawat awam yang berdedikasi untuk melaksanakan reformasi yang amat diperlukan,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Nik Nazmi menambah, keputusan untuk mengundurkan diri dibuat selepas mengambil kira kegagalannya mempertahankan jawatan Naib Presiden dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru – baru ini.

Ahli Parlimen Setiawangsa itu sebelum ini menerima tamparan apabila kalah mengejut dalam pemilihan parti cabang itu kepada artis tempatan, Datuk Afdlin Shauki. 

Pengumuman Nik Nazmi ini menyusul beberapa jam selepas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli turut mengumumkan melepaskan jawatan kabinet hari ini. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan