Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ditawan scammer
Seorang lelaki kira-kira RM900,000 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud yang dipercayai bermula daripada perkenalannya dengan seorang individu di Facebook.

Lesap RM900,000 gara-gara kenalan media sosial

BySaibi Gi

KUCHING, 28 Mei: Seorang lelaki berusia lingkungan 50-an kerugian kira-kira RM900,000 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud yang dipercayai bermula daripada perkenalannya dengan seorang individu di Facebook.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata berkata mangsa yang merupakan kakitangan swasta di Miri dilaporkan mula berkenalan dengan suspek sekitar pertengahan Mac 2025.

“Suspek menawarkan satu aplikasi kononnya untuk memulakan perniagaan dalam talian. Tertarik dengan tawaran itu, mangsa mula berurusan dengan suspek melalui aplikasi WhatsApp,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, mangsa kemudiannya melakukan beberapa transaksi pembayaran secara berperingkat ke dalam akaun bank yang diberikan oleh suspek.

“Namun selepas itu, suspek masih meminta bayaran tambahan walaupun mangsa tidak menerima sebarang pulangan seperti yang dijanjikan. Menyedari dirinya ditipu, mangsa membuat laporan polis,” katanya.

Mancha menasihati orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan tawaran pelaburan yang diiklankan di laman sosial, sebaliknya membuat semakan terlebih dahulu bagi memastikan kesahihan syarikat atau pelaburan yang ditawarkan.

“Orang ramai digesa untuk merujuk laman sesawang rasmi Bank Negara Malaysia di www.bnm.gov.my atau menghubungi BNM TELELINK di talian 1-300-88-5465, serta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia melalui www.sc.com.my atau talian 03-62048999 bagi sebarang semakan lanjut,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan