Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota bomba dan polis mengangkat mayat warga emas yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di Asajaya, hari ini. Foto JBPM

Lelaki warga emas maut, 3 cedera ringan, kemalangan van dan kereta

ASAJAYA, 28 Mei: Seorang lelaki warga emas maut manakala tiga lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan van dan kereta di Kampung Senangeh di sini, hari ini.

Komander Operasi, Zaidel Zailani berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 12.21 tengah hari dengan menggerakkan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Asajaya ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan sebuah van dan kereta. Pemandu van, Abdul Mutang, 70, disahkan meningggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Tiga lagi mangsa yang menaiki kereta mengalami cedera ringan,” katanya dalam kneyataan.

Katanya, mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba sampai di lokasi.

“Mangsa yang cedera dihantar ke Klinik Sadong Jaya oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.

Katanya, kerja-kerja pembersihan sisa kemalangan turut dijalankan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya yang lain. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan