Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
SDEC menjadi tuan rumah untuk sesi uji bakat bagi mencari wakil Sarawak ke INNOVATHON Musim 3.

INNOVATHON Musim 3 tiba di Sarawak, peluang emas untuk inovator Sarawak

ByAtikah Norman

KUCHING, 28 Mei: Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) menjadi tuan rumah untuk sesi uji bakat pada 10 dan 11 Jun bagi mencari wakil Sarawak di pentas nasional dalam program realiti TV, INNOVATHON Musim 3.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SDEC, Dato Ir. Ts. Sudarnoto Osman, platform seperti INNOVATHON mampu mempercepatkan pertubuhan ekosistem inovasi tempatan.

“Inisiatif SDEC mencerminkan komitmen kami untuk menjadikan Sarawak sebagai hab inovasi untuk bakat tempatan. Uji bakat ini bukan sekadar pertandingan, tetapi menjadi pengantara untuk generasi pencipta dan pemikir Sarawak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Program tersebut yang telah dianugerah sebagai pemenang ContentAsia Award 2024 memberi ruang kepada individu untuk mengetengahkan idea kreatif dan penyelesaian teknologi sekali gus merupakan platform utama pencarian bakat inovatif di Malaysia.

Pencarian bakat baru di Sarawak adalah hasil kerjasama strategik antara SDEC dan pihak penerbit INNOVATHON, sejajar dengan matlamat inisiatif Ekosistem Digital dan Inovasi Sarawak (SDIE) yang diterajui oleh SDEC untuk memacu pembangunan ekonomi digital negeri.

Tambah beliau, program seperti ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan inovasi malah memberi peluang kepada bakat tempatan untuk meraih pengiktirafan dan sokongan di peringkat kebangsaan.

Makeramai Makerspace yang mula beroperasi Februari tahun ini sebagai ruang kolaboratif dan sumber untuk usahawan teknologi dipilih sebagai lokasi rasmi sesi uji bakat yang turut mencerminkan semangat keusahawanan dan kreativiti tempatan.

Melalui penganjuran ini, SDEC berharap untuk menonjolkan bakat anak Sarawak dalam mencipta penyelesaian untuk cabaran masa kini dan masa depan serta membuktikan kewujudan inovasi berkualiti di wilayah ini.

Sehubungan itu, pihak SDEC mengalu-alukan penyertaan semua individu atau pasukan inovator yang mempunyai idea berpotensi tinggi untuk mengisi borang dalam talian, mencetak salinan pendaftaran serta membawa dokumen sokongan ke sesi uji bakat nanti.

Sesi uji bakat akan berlangsung dari 9 pagi hingga 3 petang pada kedua-dua hari dan para peserta digalakkan untuk tiba awal di lokasi uji bakat agar bersedia untuk membuat pembentangan idea di hadapan panel juri.

Untuk maklumat lanjut serta terma dan syarat, orang ramai boleh melayari gempak.com/innovathon. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan