Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nilai eksport industri perkayuan Sarawak bagi suku pertama tahun ini mencatat RM625 juta. Foto hiasan Envato

Eksport perkayuan meningkat suku pertama 2025

ByAkma Salleh

KUCHING, 28 Mei: Nilai eksport industri perkayuan Sarawak bagi suku pertama tahun ini mencatat RM625 juta, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Menurut beliau industri papan lapis menyumbang nilai eksport RM317 juta iaitu peningkatan kepada empat peratus berbanding RM305 juta bagi tempoh yang sama pada tahun lepas.

“Jepun kekal pengimport utama sebanyak RM359 juta diikuti oleh India RM85 juta, Negara Timur Tengah RM77 juta, China RM21 juta dan Filipina RM20 juta,” katanya.

Awang Tengah yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Kedua berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungungan kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, hari ini.

Sementara itu, Awang Tengah berkata, Sarawak kini giat melangkah ke hadapan untuk menjadi hab utama industri buluh serantau, dengan sasaran menanam sekurang-kurangnya 30,000 hektar buluh menjelang 2030.

Setakat April 2025, beliau mendedahkan sebanyak 4,900 hektar telah ditanam melibatkan 17 syarikat komersil dan 200 peserta komuniti.

“Hasil buluh ini penting sebagai sumber alternatif bahan mentah.

“Dalam masa yang sama, Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) juga telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU ) pada tahun lepas bersama Malaysian Community Care Foundation Resources Sdn Bhd , Bintulu Port Holdings Berhad, Pertama Ferroalloys Sd n Bhd dan Bintulu Development Authority (BDA) yang menyasarkan kawasan penanaman buluh seluas 10,000 hektar,” katanya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan