Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Empat lelaki yang berdepan pertuduhan menetak seorang lelaki dan bersubahat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Butterworth hari ini. Foto, TVS.

Dua lelaki mengaku tidak bersalah tetak ahli perniagaan

ByTVS

BUTTERWORTH, 28 Mei: Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menetak seorang ahli perniagaan dengan parang dalam kejadian dua minggu lalu.

Mereka berdua bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan ke atas mereka di hadapan Hakim Nor Azah Kasran.

Pada prosiding hari ini, K. Ravindran, 28, dan D. Sathea, 32, dituduh secara bersama menyebabkan kecederaan parah kepada mangsa berusia 36 tahun menggunakan senjata berbahaya iaitu parang.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan Jalan Perak Duck, Jalan Raja Uda di sini kira-kira pukul 8.35 malam pada 16 Mei lalu.

Mereka didakwa mengikut seksyen 326 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat.

Sementara itu, turut dihadapkan ke mahkamah ialah dua rakan mereka iaitu Muhammad Ilyas Kalaiarasan Abdullah, 33, dan B. Thanabala Singam, 53, yang didakwa bersubahat melakukan perkara itu di tempat dan waktu yang sama.

Tertuduh didakwa mengikut seksyen 109 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Rifaie Mohamed, manakala kesemua tertuduh diwakili peguam, Y. Yogeswaran.

Mereka masing-masing dibenarkan diikat jamin RM7,000 beserta syarat tambahan tidak boleh mengganggu mangsa dan melapor diri di balai polis setiap bulan.

Kes akan disebut semula pada 1 Julai depan.

Sementara itu, mangsa yang hampir putus lengan kiri dalam insiden berkenaan turut hadir ke mahkamah dalam keadaan berbalut bagi mengikuti prosiding berkenaan.

Media baru-baru ini melaporkan, seorang ahli perniagaan patah tangan kiri selain mengalami kecederaan lain akibat ditetak menggunakan parang oleh sekumpulan lelaki.

Insiden itu turut tular di media sosial apabila video yang memaparkan suspek bertopeng melarikan diri menaiki sebuah kereta jenis berwarna putih selepas melakukan serangan.

Mangsa dalam keadaan berlumuran darah pada tangan kiri kemudiannya meminta bantuan orang awam dan diberikan rawatan awal di sebuah klinik berhampiran. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan