Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Sarawak bercadang untuk membangunkan Sistem Maklumat Mineral Sarawak (SMIS) di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) Foto UKAS

Cadang bangun SMIS dalam RMK13, tingkat pengurusan cekap mineral

ByShafik Ahmad

KUCHING,28 Mei: Kerajaan Sarawak bercadang untuk membangunkan Sistem Maklumat Mineral Sarawak (SMIS) di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), kata Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Timbalan Premier Sarawak itu berkata, pembangunan sistem digital itu bertujuan untuk meningkatkan kecekapan pengurusan sumber mineral dan batuan di negeri ini.

Katanya, pendekatan itu selaras dengan dasar pembangunan industri mineral dan pengkuarian Sarawak.

“Sebagai usaha dalam memperkasakan industri perlombongan dan pengkuarian, Kerajaan Sarawak kini sedang merangka dasar yang lebih komprehensif, memberi fokus kepada kaedah perlombongan berteknologi tinggi serta mampan bagi mengurangkan impak ke atas alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar pada Persidangan Hari Kelapan Mesyuarat Penggal Keempat DUN Sarawak Ke-19 di sini pada Rabu.

Menurutnya, kerajaan sedang mempertimbangkan pelaksanaan projek perintis di Bau, susulan penemuan baharu deposit emas di kawasan tanah lombong berkeluasan lebih kurang 5.281 hektar.

“Projek perintis ini penting bagi menentukan kebolehlaksanaan projek serta kawalan dan mitigasi impak projek sebelum perlombongan secara komersil dipertimbangkan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mendedahkan setakat ini kira-kira 1,400 peluang pekerjaan baharu pelbagai tahap dan bidang telah dikenal pasti bagi industri perlombongan huluan dan pengkuarian di Sarawak.

Jelasnya, kerajaan menerusi Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) akan terus menyediakan pendidikan dan latihan kepada lepasan sekolah atau universiti untuk mengisi keperluan tenaga kerja berkenaan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan