KUALA LUMPUR, 28 Mei: Polis mengesahkan kematian seorang bayi berusia tujuh bulan di sebuah taska di Danau Kota di sini pada Isnin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Syahrul Anuar Abdul Wahab berkata, pihaknya menerima laporan kejadian daripada bapa kandung bayi tersebut pada 1.26 tengah hari.
Jelas beliau, kes masih dalam siasatan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.
“Kejadian dikatakan berlaku sekitar jam 9 pagi hingga 11 pagi.
“Siasatan juga merangkumi pelbagai aspek termasuk punca kematian,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.
Beliau memberitahu, proses bedah siasat masih dijalankan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak- Kanak 2001.- TVS