Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri hadir pada Majlis Penutup Persidangan Juruaudit 2025 di Putrajaya hari ini. Foto, Afiq Johari (TVS).

Anwar tekankan keperluan ASEAN dalam tadbir urus, ketelusan dan akauntabiliti

ByHafeezzur Muzamir

PUTRAJAYA, 28 Mei: ASEAN perlu muncul sebagai sebuah rantau yang aman dan berprinsip, berteraskan kepada tadbir urus yang baik, ketelusan dan akauntabiliti, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelas Perdana Menteri, kepentingan memperkukuh sistem tadbir urus yang tegas di negara-negara anggota menjadi tonggak utama yang tidak berubah.

Pada masa sama beliau turut menekankan usaha meningkatkan kualiti audit serta pematuhan terhadap pelaporan kewangan.

“Sebab itu saya membuat rujukan khusus kepada pengukuhan sistem yang agresif di seluruh negara anggota.

“Jadi, tadbir urus yang kukuh sebagai tonggak utama yang tetap (kekal), kemudian barulah kita bincangkan mengenai peningkatan kualiti audit dan pematuhan pelaporan kewangan.

“Ini kerana, melalui ini, anda dapat menyediakan integrasi ekonomi melalui data kewangan yang boleh dipercayai untuk para pelabur dan pihak berkepentingan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Persidangan Juruaudit 2025 di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Mengulas lanjut, Anwar mengakui bukanlah sesuatu yang mudah untuk kerajaan, apatah lagi apabila tindakan yang diambil sering kali tidak popular dalam kalangan sesetengah pihak.

Namun, tegas beliau keperluan untuk melaksanakan perubahan tetap menjadi keutamaan, terutama apabila berdepan dengan laporan audit yang mendedahkan pelbagai ketirisan dan salah guna kuasa.

“Anda (kerajaan) mengambil tindakan berdasarkan laporan audit. Khalayak atau negara yang tidak sehaluan, atau mempunyai kepentingan tertentu akan menentang.

“Namun begitu, anda mesti mempunyai proses tender yang telus. Sudah tentu, anda akan mencetuskan kemarahan mereka yang sudah biasa dengan keadaan tersebut (kaedah lama),” katanya. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan