Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Sarawak terus menunjukkan komitmen tinggi dalam membantu rakyat berpendapatan rendah memiliki kediaman sendiri menerusi pelaksanaan Skim Penempatan Semula (SPS) dan Skim Pembesaran Kampung (SPK) di seluruh negeri.

82 projek SPS, SPK di Sarawak bernilai RM1.5 bilion setakat April

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 28 Mei: Kerajaan Sarawak terus menunjukkan komitmen tinggi dalam membantu rakyat berpendapatan rendah memiliki kediaman sendiri menerusi pelaksanaan Skim Penempatan Semula (SPS) dan Skim Pembesaran Kampung (SPK) di seluruh negeri.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, sejak Rancangan Malaysia Ke-4 (RMKe-4), skim ini dilaksanakan sebagai langkah keprihatinan kerajaan negeri dalam menyediakan tanah lot kediaman kepada golongan berpendapatan rendah yang tidak mempunyai tanah sendiri.

“Di bawah peruntukan RMKe-12 dan peruntukan Projek Rakyat sehingga 30 April 2025, sebanyak 82 projek SPS dan SPK telah diluluskan, melibatkan 7,932 lot kediaman dengan kos pelaksanaan dianggarkan berjumlah RM1.539 bilion,” katanya semasa menyampaikan ucapan penggulungan bagi Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar di Persidangan DUN Sarawak hari ini.

Tambah beliau, bermula tahun 2018, projek SPS dan SPK telah diperhebat dengan pelaksanaan infrastruktur berstandard tinggi melibatkan jalan berturap, parit konkrit, tembok lot, sistem bekalan air retikulasi dan bekalan elektrik.

“Purata kos pembangunan untuk setiap lot adalah sebanyak RM150,000, namun kerajaan Sarawak menetapkan bayaran premium tanah pada kadar tidak melebihi RM2,500 bagi setiap lot, yang boleh dibayar secara ansuran tahunan sehingga 10 tahun,” ujarnya.

Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan Sarawak kekal komited memastikan kelangsungan skim ini, sambil menerima sokongan dana tambahan daripada Kerajaan Persekutuan.

“Inisiatif ini jelas mencerminkan hasrat kerajaan untuk membangunkan kawasan kediaman yang lebih selesa dan tersusun, sekali gus memberi peluang kepada rakyat untuk memiliki rumah dalam persekitaran yang kondusif,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan