Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak terus mencatat kemajuan signifikan dalam agenda transformasi digital apabila berjaya mendigitalkan 55 peratus perkhidmatan kerajaan negeri setakat tahun 2025.

55 peratus perkhidmatan kerajaan Sarawak kini digital

ByAkma Salleh

KUCHING, 28 Mei: Sarawak terus mencatat kemajuan signifikan dalam agenda transformasi digital apabila berjaya mendigitalkan 55 peratus perkhidmatan kerajaan negeri setakat tahun ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan pencapaian itu sebagai bukti komitmen tinggi serta dedikasi penjawat awam dalam mempercepat penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Menurut beliau, pencapaian tersebut juga mengatasi sasaran awal yang ditetapkan bagi tahun 2025 di bawah Pelan Pembangunan Pasca-COVID-19 (PCDS) 2030.

“Oleh itu, saya telah menetapkan satu sasaran yang berani untuk Perkhidmatan Awam Sarawak menjelang tahun 2030, semua 1,106 perkhidmatan kerajaan mesti boleh diakses sepenuhnya secara dalam talian.

“Ini akan membawa kepada kecekapan yang lebih tinggi dan produktiviti yang lebih baik dalam penyampaian perkhidmatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Abang Johari menambah, profesionalisme serta disiplin tinggi dalam kalangan penjawat awam telah membolehkan setiap dasar kerajaan diterjemah kepada pelaksanaan projek dan program yang memberi impak nyata kepada rakyat.

Justeru, katanya, usaha memperkukuh kemahiran dan pengetahuan penjawat awam akan terus dipertingkat secara berterusan agar kekal relevan selaras perkembangan semasa.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan