KUCHING, 28 Mei: Kerajaan Sarawak mengisytiharkan 4 Jun ini sebagai Hari Kelepasan Am bagi Perkhidmatan Awam wilayah itu.
Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki menerusi kenyataan memaklumkan pengisytiharan itu juga melibatkan Badan-Badan Berkanun Sarawak dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Sarawak.
“(Keputusan ini) memandangkan pertindihan Sambutan Gawai Dayak dan Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong,” katanya.
Sambutan Gawai Dayak diraikan pada 1 dan 2 Jun ini, sementara Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong adalah pada 2 Jun. – TVS