Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Zahid Matserudin bersama murid-murid yang terlibat pada Jelajah Gunting Rambut MADANI di Lawas, hari ini. Foto TVS

27 murid SK Aru, SK Luagan terima kupon gunting rambut percuma

LAWAS, 28 Mei: Seramai 27 murid Tahun Enam dari Sekolah Kebangsaan (SK) Aru dan SK Luagan menerima kupon gunting rambut percuma sempena program ‘Jelajah Gunting Rambut MADANI: Ceriakan Cuti Sekolah Anak-anak Tahun 6’, hari ini.

Program anjuran Pertubuhan Kebajikan Insan Lawas itu bertujuan menyantuni murid-murid selain meringankan beban ibu bapa menjelang cuti persekolahan.

Pengerusinya, Zahid Matserudin berkata inisiatif berkenaan merupakan tanda sokongan dan dorongan moral kepada murid-murid terlibat agar terus bersemangat menghadapi cabaran akademik akan datang.

“Dengan semangat kebajikan dan kasih sayang kepada generasi muda, kami turun padang menyampaikan kupon secara terus kepada pelajar sebagai tanda prihatin terhadap perjalanan pendidikan mereka,” katanya ketika ditemui pada program berkenaan.

Beliau menegaskan bahawa program itu bukan sekadar memberikan potongan rambut percuma, tetapi lebih kepada mendidik murid agar tampil kemas dan berkeyakinan, selain menyemai rasa kebersamaan dalam kalangan komuniti.

“Terima kasih kepada para guru yang turut serta menjayakan penyerahan kupon ini, dan paling penting, kepada adik-adik yang memberikan senyuman manis dan semangat positif sepanjang program dijalankan,” ujarnya.

Zahid turut berharap usaha seperti ini dapat menyuburkan semangat MADANI yang menekankan nilai kebajikan, kebersamaan dan kasih sayang dalam masyarakat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan