Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Operasi ini merupakan satu usaha kolaboratif antara agensi penguatkuasaan dalam memastikan pematuhan undang-undang serta meningkatkan keselamatan jalan raya secara menyeluruh. Foto JPJ Sarawak

200 notis ketidakakuran dikeluarkan dalam Ops Bersepadu JPJ

KUCHING, 28 Mei: Sebanyak 816 kenderaan telah diperiksa dengan sebanyak 200 notis ketidakakuran telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas yang dikesan dalam Ops Bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak di dua lokasi iaitu Batu 15 Jalan Kuching menghala ke Serian dan Batu 15 Jalan Serian menghala ke Kuching semalam.

Operasi itu dijalankan bersama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) PDRM dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

JPJ Sarawak dalam kenyataannya berkata, operasi ini merupakan satu usaha kolaboratif antara agensi penguatkuasaan dalam memastikan pematuhan undang-undang serta meningkatkan keselamatan jalan raya secara menyeluruh.

Pengarah JPJ Sarawak, Norizan Jili turut serta bersama anggota dalam menjayakan operasi tersebut yang dijalankan dengan keanggotaan seramai 45 pegawai dan anggota JPJ, lima anggota JSPT dan tujuh pegawai AADK.

“Sebuah kereta turut disita selepas didapati dipandu dengan cukai jalan yang telah tamat tempoh serta tanpa perlindungan insurans yang sah.

“Saringan air kencing yang dijalankan oleh pihak AADK ke atas 10 individu pula mendapati dua orang positif dadah jenis methamphetamine, sekali gus menunjukkan pentingnya tindakan pencegahan berterusan terhadap penyalahgunaan bahan terlarang dalam kalangan pengguna jalan raya,” kata kenyataan itu.

Ops Bersepadu ini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa sebagai langkah proaktif memastikan undang-undang dipatuhi dan jalan raya kekal selamat untuk semua.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan