Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kapten Jerry bersama How pada sidang media di pejabat MHO, hari ini. Foto TVS

Wanita mohon bantuan selamatkan adik di Kemboja

ByTVS

KOTA KINABALU, 27 Mei: Seorang wanita yang buntu dengan nasib adik lelakinya selepas terperangkap di negara jiran Kemboja, akibat menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan tampil membuat laporan polis.

Malah, wanita berusia 28 tahun itu juga terpaksa bantuan Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) bagi misi menyelamat adiknya yang dilaporkan didera kerana cuba melarikan diri.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai How, 28, berkata, mereka terkejut apabila mengetahui adik lelakinya yang sebelum ini bekerja di Semenanjung Malaysia kini menjadi mangsa sindiket.

Katanya, dia hanya mengetahui mengenai perkara itu selepas dimaklumkan oleh bekas majikan adiknya yang berusia 23 tahun mendakwa dihubungi menerusi aplikasi Telegram.

“Bekas majikan juga sempat meminta adik saya membuat satu video sebagai bukti dan berkongsi lokasi keberadaannya ketika ini.

“Sebaik mengetahui perkara ini, saya segera pulang ke Sandakan untuk berbincang dengan ahli keluarga lain selain cuba mencari maklumat lanjut,” katanya pada sidang akhbar di pejabat MHO di sini, hari ini.

Menurutnya, dia akhirnya mendapat sedikit maklumat sebaik memeriksa tablet milik adiknya yang ditinggalkan di rumah.

“Adik saya ada menghantar mesej kecemasan beberapa minggu lalu. Selepas itu, kami cuba berhubung melalui Telegram dan dia memberitahu pernah cuba melarikan diri tetapi tidak berjaya dan akhirnya dipukul.

“Tetapi dia tidak maklumkan dengan terperinci kerana mungkin tidak mahu kami risau. Cuma ketika ini, dia mahu pulang semula ke Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi MHO Sabah, Kapten (B) Jerry Jaimeh berkata, setakat ini keluarga mangsa belum dimaklumkan tentang sebarang tuntutan wang tebusan.

Katanya, pihaknya percaya mangsa mungkin terperdaya bersama beberapa individu lain dengan tawaran kerja di luar negara.

“Mereka mungkin diminta melakukan kerja ‘scammer’ dan jika gagal, mereka akan dipukul. Malah, ada yang pernah cuba melarikan diri tetapi tidak berjaya dan menyebabkan mereka dibelasah,” katanya.

Sehubungan itu, MHO Sabah akan bekerjasama dengan MHO Pusat untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci mengenai mangsa serta berusaha membawa pulang mangsa ke negara ini dengan selamat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan