Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 7 Jun ini, menurut Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Datuk Mohd Aseral Jusman. Foto TVS

Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha 7 Jun

ByBernama

KUALA LUMPUR, 27 Mei: Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 7 Jun ini, menurut Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Datuk Mohd Aseral Jusman.

Menerusi pengumuman yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini, beliau turut mengisytiharkan 1 Zulhijjah 1446H jatuh pada Khamis ini.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja maka saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dengan ini mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah 1446H ialah pada 29 Mei 2025 Masihi.

“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ialah pada hari Sabtu, 7 Jun 2025 Masihi,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan