Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi tertarik dengan pendekatan KEC yang menggunakan teknologi canggih secara menyeluruh dalam pengurusan lebih 5,000 kilometer lebuh raya. Foto FB Alexander Nanta Linggi

Teknologi lebuh raya Korea Selatan beri inspirasi kepada Malaysia percepat transformasi infrastruktur

ByCheryl Syahmina Toh

KUCHING, 27 Mei: Kejayaan Korea Selatan memodenkan sistem lebuh raya menjadi inspirasi kepada Malaysia dalam usaha mempercepat transformasi infrastruktur jalan raya negara.

Pendedahan itu diperoleh menerusi lawatan teknikal ke Korea Expressway Corporation (KEC) yang diketuai Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, sempena Forum Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) Asia Pasifik 2025 di Suwon, Korea Selatan.

Menurut Nanta, pendekatan KEC yang menggunakan teknologi canggih secara menyeluruh dalam pengurusan lebih 5,000 kilometer lebuh raya, membuka perspektif baharu kepada Malaysia dalam memodenkan sistem lebuh raya negara.

“Saya amat teruja melihat bagaimana teknologi dimanfaatkan sepenuhnya oleh KEC, bukan hanya dalam aspek operasi dan keselamatan, malah turut menyokong agenda kelestarian alam sekitar.

“Ia memberi inspirasi yang besar kepada usaha Malaysia dalam memodenkan sistem lebuh raya negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

KEC ialah agensi nasional yang bertanggungjawab membina, mengurus dan menyelenggara lebuh raya di Korea Selatan.

Ia memanfaatkan sistem pengurusan trafik bersepadu, analitik data raya (big data) dan kecerdasan buatan (AI) bagi meramal keperluan penyelenggaraan serta penggunaan infrastruktur pintar bagi meningkatkan kecekapan dan keselamatan pengguna jalan raya.

Lawatan itu turut memperkukuh iltizam Malaysia dalam menjayakan hala tuju Malaysian ITS Roadmap 2030 yang sedang dirangka Kementerian Kerja Raya.

Selain itu, pengalaman Korea Selatan mengurus sistem tol berteknologi tinggi sejak 2017 turut memberi nilai tambah kepada Malaysia dalam merangka strategi baharu bagi sistem kutipan tol yang lebih efisien.

“Melalui pendedahan kepada amalan terbaik antarabangsa, Malaysia boleh mempercepat pelaksanaan sistem pengangkutan pintar yang lebih cekap, selamat dan lestari,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan