Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni memberi ucapan di sidang media International Energy Week (IEW) 2025 edisi keenam di DUN Sarawak, di sini, hari ini. Foto TVS

Sarawak tuan rumah IEW 2025 Julai ini

ByAdlina Rahman

KUCHING, 27 Mei: Sarawak bakal menjadi tumpuan bagi negara-negara di rantau Asia Pasifik apabila menjadi tuan rumah kepada penganjuran International Energy Week (IEW) 2025 edisi keenam yang dijadual berlangsung dari 15 hingga 17 Julai 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Dengan tema “From Sarawak to the World: Journey to Clean Energy Leadership”, IEW 2025 menampilkan aspirasi Sarawak untuk menjadi peneraju utama dalam bidang tenaga bersih, bukan sahaja sebagai pengguna, malah sebagai pengeluar dan pengeksport penyelesaian tenaga mampan.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni berkata, lebih 6,500 peserta dari 25 negara dijangka hadir, menunjukan peningkatan 18 peratus berbanding tahun lalu.

Dalam pada itu IEW 2025 menawarkan pelbagai pameran daripada lebih 400 syarikat antarabangsa mempamerkan teknologi terkini dalam tenaga boleh diperbaharui, hidrogen, kecekapan tenaga, grid pintar, teknologi penangkapan karbon (CCUS), dan infrastruktur hijau.

“IEW 2025 bukan sekadar pameran. Ia merupakan platform penting untuk dialog dasar, perkongsian teknologi, dan pelaburan strategik yang akan mempercepatkan peralihan tenaga bersih di seluruh rantau Asia Pasifik,” jelas Hazland.

Lebih 50 penceramah terkenal dan 400 delegasi akan menyertai 20 sesi utama sepanjang acara ini.

Antara sorotan utama program ialah sesi Visionary Dialogue bersama Premier Sarawak, forum menteri mengenai transformasi ekonomi dan gas asli sebagai pemangkin serantau, serta panel pakar membincangkan dasar tenaga ASEAN, pembangunan mampan dan inovasi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan