Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota bomba berusaha memadam kebakaran rumah dua tingkat dan pacuan empat roda di Kg Mansiang, Menggatal petang semalam. Foto JBPM

Rumah dua tingkat, kenderaan 4WD musnah terbakar di Menggatal

ByTVS

KOTA KINABALU, 27 Mei: Sebuah rumah dua tingkat dan sebuah kenderaan pacuan empat roda musnah dalam kebakaran di Kampung Mansiang, Menggatal, petang semalam.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas menerima panggilan kecemasan pada jam 6.11 petang sebelum tiba di lokasi kejadian pada jam 6.30 petang, iaitu kira-kira lapan kilometer dari balai.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) Mohd Hasrulnizam Mohd Zain, kebakaran membabitkan rumah berkeluasan 40×40 kaki dan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

“Kedua-duanya terbakar 100 peratus,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran sepanjang 200 kaki dengan dua pancutan air dari jentera serta pili bomba berhampiran.

Kebakaran berjaya dikawal pada jam 6.49 petang, manakala operasi ditamatkan sepenuhnya pada 7.36 malam selepas pemeriksaan keselamatan dilakukan.

Tiada kecederaan dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan