Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Cristiano Ronaldo Foto fail AFP

Ronaldo cetus spekulasi mengenai masa depan bersama Al Nassr

ByBernama

LONDON, 27 Mei: Cristiano Ronaldo mencetus spekulasi mengenai masa depannya selepas memuat naik mesej berbaur tersirat di media sosial, sebaik tamat aksi terakhir musim ini bersama Al Nassr.

Bintang Portugal itu menjaringkan gol pembukaan dalam kekalahan 2-3 kepada Al Fateh pada awal pagi Isnin, yang dikatakan sebagai jaringan kelab ke-800 dalam kariernya — berkemungkinan menjadi aksi perpisahan bersama kelab Liga Pro Saudi itu.

Al Nassr longlai di penghujung perlawanan apabila pintu gawangnya dibolosi dua gol dalam 10 minit terakhir, sekali gus terlepas kelayakan Liga Juara-Juara AFC.

Tak lama selepas perlawanan, Ronaldo memuat naik kenyataan ringkas di media sosial: “Bab ini telah tamat. Ceritanya? Masih ditulis. Terima kasih kepada semua.”

Mesej itu disertai gambar dirinya mengenakan jersi Al Nassr, sekali gus mencetuskan tanda tanya tentang langkah seterusnya buat legenda berusia 39 tahun itu.

Minggu lalu, Presiden FIFA Gianni Infantino mendedahkan bahawa terdapat perbincangan untuk membolehkan Ronaldo tampil dalam Piala Dunia Kelab yang dijadual berlangsung musim panas ini.

Meskipun Al Nassr tidak layak ke kejohanan 32 pasukan itu, kenyataan Infantino dalam satu sesi bersama YouTuber terkenal, IShowSpeed, menghidupkan semula spekulasi mengenai masa depan Ronaldo — terutama selepas FIFA mengumumkan jendela perpindahan khas antara 1 hingga 10 Jun. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan