Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rodiyah Sapiee pada program Kempen Keselamatan Jalan Raya Bahagian Samarahan 2025 di Gedong, hari ini. Foto TVS

Rodiyah nasihat pengguna jalan raya elak tergopoh-gapah, utamakan keselamatan

GEDONG, 27 Mei: Pengguna jalan raya disaran mengelakkan sikap tergopoh-gapah dan lalai ketika memandu, terutamanya menjelang musim perayaan yang lazimnya menyaksikan peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya.

Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee berkata sikap tidak berhemah seperti itu bukan sahaja mengundang risiko kemalangan, malah boleh mengorbankan nyawa.

“Kealpaan di jalan raya boleh membawa padah. Oleh itu, saya menyeru semua pengguna supaya sentiasa berwaspada dan mengutamakan keselamatan diri serta pengguna lain,” katanya ketika ditemui pada Kempen Keselamatan Jalan Raya Bahagian Samarahan 2025 di sini, hari ini.

Menurutnya, kerajaan sentiasa cakna terhadap isu keselamatan jalan raya dan kempen yang dianjurkan setiap tahun menjadi platform untuk mendidik masyarakat tentang pentingnya pemanduan berhemah serta pematuhan terhadap undang-undang.

Merujuk statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sarawak merekodkan sebanyak 6,724 kes kemalangan jalan raya bagi tempoh Januari hingga April tahun ini, dengan 120 kes kematian, 47 kecederaan parah dan 102 kecederaan ringan.

“Di Bahagian Samarahan sahaja, sebanyak 480 kes kemalangan direkodkan sehingga April, termasuk empat kematian,” katanya.

Dalam program berkenaan, Rodiyah turut menyampaikan topi keledar, risalah keselamatan dan pelekat pantul cahaya kepada pengguna jalan raya di Simpang Jambatan Gedong – Simunjan serta kepada penduduk Kampung Kanchong, Gedong.

Kempen anjuran bersama Kementerian Pengangkutan Sarawak itu turut mendapat kerjasama PDRM, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak dan Pejabat Residen Bahagian Samarahan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan