Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak RM54.1 juta telah diperuntukkan kepada Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) pada tahun ini bagi melaksanakan 16 projek fizikal yang merangkumi pembinaan 1,000 unit rumah mampu milik di seluruh negeri. Foto hiasan Envato

RM54.1 juta diperuntuk bina 1,000 rumah mampu milik di Sarawak

ByAkma Salleh

KUCHING, 27 Mei: Sebanyak RM54.1 juta diperuntukkan kepada Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) tahun ini bagi melaksanakan 16 projek fizikal yang merangkumi pembinaan 1,000 unit rumah mampu milik di seluruh Sarawak.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, peruntukan itu merupakan sebahagian daripada komitmen kerajaan negeri selaras dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pasca-COVID-19 (PCDS) 2030 yang menekankan pembangunan inklusif dan lestari.

“Setakat ini, tiga projek telah berjaya disiapkan, iaitu 60 unit Rumah Mampu Milik (RMM) di Darul Hana, Kuching, 30 unit Rumah SPEKTRA Permata (RSP) di SPK Susur Jambu Fasa 2, Sarikei, dan 30 unit lagi di SPK Hilir Dalat, Mukah.

“Sebanyak 11 lagi projek sedang giat dilaksanakan, manakala dua projek tambahan kini berada di peringkat perancangan,” katanya semasa menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, hari ini.

Menurut beliau, inisiatif ini bukan sahaja memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Sarawak untuk memiliki rumah sendiri, malah turut menyumbang kepada kesejahteraan komuniti serta pertumbuhan bandar yang pintar dan mampan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan