Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah Foto UKAS

RM200,000 dilulus untuk Geran Pemerkasaan NGO – Fatimah

ByHandy G

KUCHING, Mei 27: Sejumlah RM200,000 telah diluluskan pada tahun ini untuk geran pemerkasaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memerlukan sumber kewangan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata daripada jumlah tersebut, RM24,533 telah disalurkan kepada lapan NGO yang layak bagi menyokong pelaksanaan program dan aktiviti mereka.

“Bagi memperkukuh penglibatan NGO sebagai rakan strategik, sebanyak tiga sesi libat urus telah diadakan di Sri Aman, Kapit dan Lawas melibatkan seramai 282 peserta,” jelas beliau.

Katanya, sesi libat urus tersebut bertujuan untuk menjelaskan objektif dan tatacara permohonan geran bagi memastikan proses permohonan berjalan lancar dan berkesan.

“Inisiatif ini diharap dapat meningkatkan daya kemampuan NGO di Sarawak dalam menjalankan peranan mereka secara berkesan sejajar dengan aspirasi Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) dalam membangunkan komuniti setempat,” ujar beliau. – TVS

Tags: dun, fatimah, NGO

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan