Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua premis tanpa dokumen import yang sah di kawasan Perindustrian Eastwood, Jalan Lopeng Bypass yang diserbu dengan hasil rampasan dianggarkan bernilai RM5.43 juta. Foto PDRM

Premis simpan daging sejuk beku tanpa dokumen sah di Miri diserbu

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 27 Mei: Dua buah premis di kawasan Perindustrian Eastwood, Jalan Lopeng Bypass telah diserbu oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Sarawak dalam Operasi Taring Khazanah selepas dipercayai menyimpan dan mengedar pelbagai jenis daging sejuk beku tanpa dokumen import yang sah.

Pemangku Komander PPM Wilayah 5 Sarawak, Superintendan Rusdin Banin berkata, serbuan pertama dijalankan di premis Asean Coldstorage yang dikenal pasti sebagai lokasi penyimpanan daging sejuk beku untuk pasaran tempatan.

“Pemeriksaan ke atas premis tersebut mendapati pelbagai jenis daging sejuk beku disimpan tanpa sebarang dokumen import yang sah. Seorang lelaki tempatan yang disyaki penjaga premis ditahan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan,

Tambah beliau, sebuah lori lima tan yang berada di lokasi sama turut diperiksa dan didapati membawa muatan daging sejuk beku secara tidak sah.

“Pemandu lori yang juga merupakan warga tempatan telah ditahan. Pemeriksaan awal menunjukkan kesemua barangan ini dipercayai untuk diedarkan di pasaran tempatan tanpa dokumen sah,” katanya lagi.

Serbuan kedua pula dilakukan di Sunshine Trading di kawasan yang sama dan hasil pemeriksaan turut menemui pelbagai jenis daging sejuk beku yang disyaki diimport secara haram.

“Seorang lagi lelaki tempatan yang disyaki penjaga premis berkenaan telah ditahan. Rampasan dan tangkapan dibuat mengikut Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999,” ujarnya.

Rampasan turut disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Import) 2021 dan Akta Perlesenan serta nilai keseluruhan rampasan dianggarkan mencecah lebih RM5.43 juta.

Bagi kesalahan mengimport produk ternakan tanpa permit sah di bawah Seksyen 9(1), Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999, individu boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Operasi ini diselaraskan bersama Jabatan Veterinar Bahagian Miri yang akan meneruskan siasatan dan tindakan susulan. – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found