Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto Aziz Soleh (TVS)

Premier Sarawak sokong lawatan pendidikan ADUN ke Parlimen luar negara

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 27 Mei: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyokong penuh cadangan memberikan pendedahan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak melalui lawatan ke Parlimen luar negara, khususnya di United Kingdom dan Amerika Syarikat bagi mempelajari dan mengkaji sistem demokrasi parlimen yang matang di peringkat antarabangsa.

Menurut beliau, usaha ini adalah inisiatif yang dianjurkan bersama Speaker DUN Sarawak untuk memperluaskan pengetahuan ahli-ahli DUN tentang pelbagai sistem pemerintahan demokrasi di dunia, termasuk sistem Westminster di UK dan sistem pemerintahan presidensial di Amerika Syarikat.

“Saya ucapkan tahniah kepada Speaker kerana berunding dengan saya supaya ahli-ahli DUN diberi peluang melawat luar negara untuk membuat kajian dan mempelajari sistem pemerintahan demokrasi yang sudah matang di dunia,” katanya pada Majlis GPS Backbenchers Night ‘One For All, All for One (Sarawak First) di Dewan Undangan Negeri (DUN) malam ini.

Beliau menjelaskan bahawa lawatan ini bertujuan memberi pemahaman yang lebih mendalam mengenai perbezaan antara sistem demokrasi, seperti peranan ahli parlimen yang juga menjadi ahli kabinet dalam sistem Westminster, berbanding dengan sistem Amerika Syarikat di mana ahli kongres tidak wajib menjadi sebahagian daripada kabinet kerana kuasa eksekutif berada di tangan presiden.

“Walaupun terdapat perbezaan dalam sistem, namun inti pati demokrasi tetap sama iaitu ahli yang dilantik melalui pilihan raya,” tambah beliau.

Premier Sarawak juga menyerahkan sepenuhnya kepada Speaker DUN untuk menentukan pelaksanaan lawatan tersebut sebagai lawatan pendidikan yang bermanfaat bagi meningkatkan kapasiti dan pengetahuan para wakil rakyat negeri ini.

“Ini akan menjadi lawatan pendidikan yang bertujuan memperkukuh pemahaman dan kemahiran mereka dalam aspek demokrasi dan pentadbiran,” ujar beliau.

Langkah ini dilihat sebagai satu inisiatif penting dalam usaha memperkasakan institusi DUN Sarawak supaya lebih cekap dan berwibawa dalam menjalankan fungsi legislatifnya. — TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan