Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis United Kingdom (UK) pada Isnin mengesahkan bahawa insiden rempuhan di pusat bandar Liverpool disifatkan sebagai kejadian terpencil dan tidak mempunyai kaitan dengan keganasan. Foto AFP

Polis UK sahkan insiden rempuhan di Liverpool tiada kaitan dengan keganasan

ByBernama

LONDON, 27 Mei: Polis United Kingdom (UK) pada Isnin mengesahkan bahawa insiden rempuhan di pusat bandar Liverpool disifatkan sebagai kejadian terpencil dan tidak mempunyai kaitan dengan keganasan.

Penolong Ketua Polis Merseyside, Jenny Sims menyifatkan kejadian itu sebagai “mengerikan” dan menzahirkan simpati kepada semua mangsa yang cedera,lapor Anadolu Ajansi.

Kejadian berlaku di Water Street, tempat para penyokong berkumpul untuk meraikan kemenangan Liverpool FC dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

“Seorang lelaki berusia 53 tahun dipercayai memandu kenderaan terbabit,” kata Sims dalam satu sidang media, sambil memaklumkan bahawa siasatan berhubung punca kejadian masih dijalankan.

David Kitchin daripada Perkhidmatan Ambulans NHS Wilayah Barat Laut berkata, pasukan kecemasan “terkejut dan sedih” dengan apa yang berlaku.

Beliau mengesahkan bahawa 27 orang dibawa ke hospital di sekitar Liverpool, termasuk dua mangsa mengalami kecederaan serius termasuk seorang kanak-kanak.

Seorang anggota paramedik yang tiba di lokasi menaiki basikal turut dilanggar kenderaan berkenaan, namun tidak mengalami kecederaan serius.

Ketua Bomba, Nick Searle pula berkata, empat individu — tiga dewasa dan seorang kanak-kanak — tersepit di bawah kenderaan dan terpaksa diselamatkan sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan.

Pemerhati menyatakan bahawa tindakan pantas pihak polis mengenal pasti suspek dilihat sebagai usaha untuk mengelak penyebaran maklumat palsu dan ketegangan awam. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan