Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pesta Babulang dan Lumba Kerbau 2025 Siri ke-20, acara tahunan yang amat dinantikan anjuran Persatuan Bisaya Sarawak akan diadakan di Batu Danau, Limbang, mulai 4 hingga 7 Julai ini. Foto TVS

Pesta Babulang dan Lumba Kerbau 2025 di Limbang 4-7 Julai ini

LIMBANG, 27 Mei: Pesta Babulang dan Lumba Kerbau 2025 Siri ke-20, acara tahunan yang amat dinantikan anjuran Persatuan Bisaya Sarawak akan diadakan di Batu Danau di sini, mulai 4 hingga 7 Julai ini.

Persatuan Bisaya Sarawak dalam kenyataannya berkata, setiap tahun penganjuran pesta tersebut berjaya menarik pengunjung dari dalam dan luar negara, malah pesta kali ini lebih bermakna kerana turut diadakan sempena ulang tahun ke-54 penubuhan Persatuan Bisaya Sarawak.

“Hari kemuncak Pesta Babulang akan berlangsung pada 5 Julai 2025 (Sabtu) dan akan diserikan dengan kehadiran Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg.

“Kehadiran beliau pastinya satu penghormatan besar kepada komuniti kami dan sebagai tanda sokongan berterusan terhadap usaha pemeliharaan warisan budaya etnik Bisaya,” kata kenyataan itu..

Sebagai pesta kebudayaan terbesar anjuran komuniti Bisaya, Pesta Babulang mengetengahkan kekayaan warisan budaya, nilai tradisi serta semangat perpaduan masyarakat.

Antara acara menarik yang dijangka memeriahkan edisi kali ini termasuk pertandingan Ratu Agak Babulang dan Panglima Babulang, menampilkan keanggunan dan ketokohan anak muda Bisaya, perlumbaan kerbau, acara yang ditunggu-tunggu pengunjung setiap tahun.

Selain itu, turut memeriahkan lagi pesta itu ialah pertandingan bangkar (rakit hiasan), pertandingan bergandang, pameran kraf tangan, jualan makanan tradisional, serta pelbagai pertandingan kebudayaan dan permainan rakyat lain.

Menurut kenyataan itu lagi, penganjuran pesta ini bukan sahaja bertujuan memartabatkan budaya masyarakat Bisaya, malah menjadi pemangkin kepada keharmonian kaum, tarikan pelancongan dan peningkatan ekonomi setempat di Bahagian Limbang.

Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan Pesta Babulang dan Lumba Kerbau 2025, sambil mendekati serta menghayati keunikan budaya Bisaya yang kaya dengan nilai sejarah dan warisan turun-temurun.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan