Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak 41 program kesedaran dilaksanakan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) dari Januari hingga bulan ini dalam usaha membendung penyalahgunaan dadah di kalangan belia Sarawak. Foto Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (FB)

PEMADAM laksana 41 program pada suku pertama 2025

ByHandy G

KUCHING, 27 Mei: Sebanyak 41 program kesedaran dilaksanakan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) dari Januari hingga bulan ini dalam usaha membendung penyalahgunaan dadah di kalangan belia Sarawak.

Menurut Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan merangkap Pengerusi PEMADAM Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, inisiatif itu bertujuan untuk mendidik masyarakat tentang bahaya dadah serta menggalakkan penglibatan aktif golongan belia dalam usaha pencegahan.

“Keprihatinan terhadap masalah penyalahgunaan dadah perlu dipupuk sejak awal lagi.

“Oleh itu, kami memastikan setiap program yang dijalankan memberi impak yang berterusan dalam mendidik masyarakat, terutama belia, mengenai risiko penyalahgunaan dadah,” kata Abdul Karim ketika menggulung perbahasan pada hari ketujuh Mesyuarat Pertama bagi Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, sebahagian besar daripada program kesedaran terbabit dilaksanakan melalui enam biro utama PEMADAM, dan ia melibatkan kerjasama dengan pelbagai pihak, termasuk Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak serta badan bukan kerajaan (NGO).

“Program-program tersebut turut merangkumi pelbagai aktiviti untuk menarik perhatian golongan belia seperti pertandingan e-sukan dan kempen dalam talian,” ujar beliau.

Sementara itu, pencapaian positif terhadap usaha pencegahan dadah di Sarawak turut dipamerkan melalui data ujian air kencing yang dikeluarkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

“Pada tahun 2024, sebanyak 3,770 pelajar dari 123 sekolah menengah di Sarawak telah menjalani ujian tersebut, dengan hanya 35 kes positif berbanding 48 kes pada tahun 2023 dan 116 kes pada tahun 2022.

“Keberkesanan kempen kesedaran yang dijalankan oleh PEMADAM, bersama-sama dengan AADK dan pihak berkepentingan lain, jelas menunjukkan bahawa usaha bersama ini memberi hasil yang positif.

“Selain daripada program kesedaran di sekolah, PEMADAM juga mengadakan acara komuniti, seperti acara Bubur Lambuk dan Iftar dengan pelanggan PUSPEN, serta pertandingan video pendek yang menggalakkan penyertaan masyarakat dalam memerangi penyalahgunaan dadah,” tambah Abdul Karim. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan