Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menunjukkan teks penggulungan bagi kementeriannya di Dewan Undangan Negeri Sarawak, hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Sarawak catat RM4.07 bilion hasil pelancongan, lebih 1.6 juta pelawat hingga April

ByAdlina Rahman

KUCHING, 27 Mei: Sektor pelancongan Sarawak mempamerkan prestasi positif dengan merekodkan kemasukan lebih 1.6 juta pelawat dengan hasil pelancongan berjumlah RM4.07 bilion bagi tempoh Januari hingga April 2025.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata pencapaian tersebut meletakkan Sarawak berada di landasan tepat untuk mencapai sasaran lima juta pelawat serta hasil pelancongan bernilai RM12.73 bilion bagi tahun ini.

“Sektor pelancongan Sarawak mencatatkan prestasi cemerlang hasil daripada kekayaan produk pelancongan yang unik serta promosi yang efektif.

“Kementerian kami komited untuk merealisasikan visi menjadikan Sarawak sebagai salah satu destinasi pelancongan utama yang menyerlahkan keunikan seni, budaya dan warisan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Karim memaklumkan bahawa pasaran utama pelancongan Sarawak kekal didominasi oleh negara-negara ASEAN, dengan Brunei Darussalam menyumbang jumlah pelawat tertinggi ke negeri ini pada tahun 2024, iaitu sebanyak 39.1 peratus atau 1,891,314 pelawat.

“Ini diikuti oleh Indonesia dengan 13.5 peratus dengan 653,883 pelawat, Singapura 1.2 peratus (59,793 pelawat), dan Filipina satu peratus (46,853 pelawat).

“China turut menjadi penyumbang penting dengan 1.5 peratus atau 74,721 pelawat,” jelas beliau.

Hasil pelancongan Sarawak bagi tahun 2024 adalah sebanyak RM12.45 bilion, meningkat berbanding RM9.99 bilion pada tahun 2023.

Dari segi ketibaan pelawat pula, Sarawak mencatatkan kemasukan seramai 4.83 juta orang pada 2024, iaitu peningkatan 23 peratus berbanding tahun sebelumnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan