Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Antara ahli NSJA yang hadir pada Majlis Makan Malam Raya dan Pra Gawai NSJA 2025 di Miri pada Isnin. Foto Awgku Aimanhariz (TVS)

NSJA beri tumpuan pembangunan profesional dan gaya hidup sihat ahli

BySalasiah Safian

MIRI, 27 Mei: Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) terus komited dalam usaha memperkasa kebajikan dan pembangunan ahli, bukan sahaja dari segi profesionalisme, malah turut menekankan aspek kesihatan serta kesejahteraan gaya hidup.

Presidennya, Chai Chon Chin, berkata antara inisiatif yang dirancang ialah kerjasama dengan pengurusan gelanggang sukan bagi menaja kos sewaan sekali seminggu, selain menganjurkan perlawanan persahabatan dalam kalangan ahli.

“Kita akan cuba dapatkan tajaan sewaan gelanggang antara hari Isnin hingga Khamis, manakala peralatan sukan ditanggung sendiri oleh ahli.

“Matlamatnya bukan untuk kejuaraan, sebaliknya menggalakkan minat bersukan serta gaya hidup sihat dalam kalangan warga media,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Raya dan Pra Gawai NSJA 2025, di sini malam tadi.

Dalam masa sama, Chon Chin memaklumkan bahawa NSJA turut memberi tumpuan terhadap pembangunan profesional ahli menerusi penganjuran kursus berkaitan teknologi terkini dalam bidang kewartawanan.

Katanya, seramai 20 ahli NSJA akan menyertai kursus bertemakan “AI dalam Bilik Berita” yang dijadual berlangsung pada 3 Julai 2025.

“Kursus ini merupakan tajaan penuh daripada Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin.

“Penyertaan awal amat menggalakkan, namun disebabkan kekangan bajet, ia hanya dibuka kepada 20 peserta sahaja buat masa ini.

“Kita akan terus berusaha mendapatkan penaja agar lebih banyak program seumpamanya dapat dianjurkan pada masa akan datang,” jelasnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan