Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan lori membawa muatan pasir dan sebuah lori simen di Jalan Kampung Muara Tebas, Kuching, hari ini. Foto JBPM

Lelaki cedera kemalangan dua lori di Muara Tebas

KUCHING, 27 Mei: Seorang lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan lori membawa muatan pasir dan sebuah lori simen di Jalan Kampung Muara Tebas di sini, hari ini.

Komander Operasi, Suhardi Razali berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 11.57 pagi dengan menggerakkan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati kemalangan jalan raya melibatkan dua buah lori iaitu sebuah lori membawa muatan pasir dan sebuah lori simen.

“Akibat perlanggaran tersebut pemandu lori pasir, seorang lelaki berusia 31 tahun cedera akibat tersepit di tempat duduk pemandu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi kejadian.

“Pihak bomba bertindak memberikan bantuan kecemasan. Mangsa telah diangkat ke dalam ambulans oleh anggota bomba,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan