Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Lebih RM184 juta pembiayaan rumah dilulus bawah Skim MUTIARA

ByAdlina Rahman

KUCHING, 27 Mei: Usaha Kerajaan Sarawak dalam menyediakan akses kepada pemilikan rumah mampu milik terus diperkukuh melalui Skim Pembiayaan Perumahan MUTIARA, yang dikendalikan oleh Mutiara Mortgage & Credit Sdn. Bhd. (MUTIARA).

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, MUTIARA telah menerima sebanyak 2,525 permohonan, dengan 2,234 daripadanya telah diluluskan, melibatkan pembiayaan berjumlah RM21.29 juta setakat ini.

“Bagi pembiayaan rumah secara keseluruhan, MUTIARA telah meluluskan 2,031 permohonan, dengan jumlah pembiayaan mencecah RM184.27 juta. Daripada jumlah tersebut, RM79.863 juta telah disalurkan kepada 1,337 pembeli rumah,” kata beliau ketika menggulung perbahasan pada hari ketujuh Mesyuarat Pertama bagi Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Menjelas lanjut Kui Hian berkata, skim tersebut mempunyai kadar faedah rendah yang ditawarkan, iaitu hanya 1 peratus setahun untuk golongan B40 dan 3 peratus setahun untuk golongan M40, jauh lebih rendah berbanding kadar biasa bank-bank komersial.

Skim itu juga katanya disubsidi sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak, bagi memastikan ansuran bulanan kekal mampu milik.

“Skim Pembiayaan MUTIARA turut menyediakan pembiayaan sehingga 100 peratus daripada harga rumah, dengan tempoh bayaran balik sehingga 40 tahun.

“Ia juga memperkenalkan ciri pembiayaan generasi kedua, yang membolehkan anak-anak meneruskan bayaran pinjaman rumah dan mengekalkan pemilikan kediaman keluarga, menjadikan ia antara satu-satunya skim seumpamanya di negara ini,” kata beliau. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan