Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pendidikan Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Dr Annuar Rapaee mengadakan Sidang Media pada Persidangan Hari Ketujuh Mesyuarat Pertama bagi Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke - 19 di Dewan Undangan Negeri Sarawak Petra Jaya Kuching. Foto TVS

Kursus pendidikan percuma ditawarkan fokus keperluan pasaran

ByAdlina Rahman

KUCHING, 27 Mei: Kerajaan Sarawak menumpukan tawaran pendidikan tinggi percuma kepada kursus yang memenuhi keperluan pasaran dan membangunkan tenaga kerja berkemahiran tinggi.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapaee. menegaskan ia selaras dengan Misi Transformasi Sarawak (MTS) yang memfokuskan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan kursus profesional dengan permintaan tinggi.

“Kenapa tidak semua kursus ditawarkan secara percuma? Ini kerana kita sedang menangani isu kekurangan pekerja mahir. Maka, keutamaan diberikan kepada kursus yang mampu memenuhi keperluan tersebut,” katanya semasa menyampaikan penjelasan mengenai dasar pendidikan percuma di Sarawak.

Beliau turut menegaskan bahawa senarai kursus percuma ini akan disemak secara berkala berdasarkan keperluan industri yang sebenar dan semasa.

“Saya ingin tegaskan bahawa penilaian semula ini bukan dijalankan oleh kementerian secara bersendirian, tetapi diserahkan kepada panel bebas yang melibatkan universiti seperti UPM dan UiTM.

“Panel ini akan menasihati kementerian, dan keputusan akhir akan ditentukan oleh Kabinet,” jelasnya lagi.

Menyentuh isu kebolehpasaran graduan, Dr Annuar berkata pendekatan ini penting agar pelajar tidak terperangkap dalam bidang yang kurang memberi peluang pekerjaan selepas tamat pengajian.

“Ramai pelajar menerima tawaran kursus daripada UPU tanpa berdasarkan minat atau pilihan mereka sendiri. Kajian kecil yang kami jalankan menunjukkan bahawa 80 peratus pelajar Sarawak tidak ditawarkan kursus pilihan pertama mereka.

“Masalahnya bukan pada kursus itu sendiri, tetapi kepada peluang pekerjaan yang terhad dalam bidang tertentu. Kita tidak mahu mewujudkan situasi di mana pelajar beramai-ramai mengikuti kursus yang kurang permintaan,” katanya.

Justeru, beliau menggesa agar pelajar mempertimbangkan institusi pengajian tinggi tempatan di Sarawak yang menawarkan kursus berfokus masa depan dan peluang kerjaya lebih luas, khususnya dalam bidang STEM.

Antara institusi yang terlibat dalam inisiatif pendidikan percuma ini ialah Swinburne University of Technology Kampus Sarawak yang akan menawarkan 22 daripada 25 kursus secara percuma.

Manakala Universiti Teknologi Sarawak (UTS) dengan 15 daripada 18 kursus (83.3 peratus) dan Curtin University Malaysia dengan 21 daripada 28 kursus (75 peratus).

Secara keseluruhan, sebanyak 82 peratus kursus di tiga universiti utama ini akan ditawarkan secara percuma mulai tahun hadapan.

Tags: #annuar, dun, STEM

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan