Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Dato Sri Fatimah Abdullah. Foto: TVS

KPWK perkukuh peranan wanita sebagai tonggak masyarakat inklusif

ByAkma Salleh

KUCHING, 27 Mei: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) melalui Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) terus komited memperkukuh peranan wanita dan institusi keluarga sebagai tonggak utama masyarakat inklusif dan berdaya tahan menjelang 2030.

Menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, sehingga 30 April 2025, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan di bawah agenda pemerkasaan wanita, termasuk Program Latihan Kemahiran, Program Sokongan Sosial dan Advokasi, Program Keusahawanan Wanita, serta pemberian Geran Pemerkasaan kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

“Bagi tahun 2025, pelaksanaan inisiatif pemerkasaan wanita melalui latihan kemahiran vokasional seperti Kursus Jahitan, Kulinari, Kecantikan serta Spa dan Urut telah dirancang untuk dilaksanakan secara bersemuka dan dalam talian.

“Secara keseluruhan, program ini merangkumi sebanyak 224 kursus, iaitu 158 Kursus Jahitan, 22 Kursus Kulinari, 22 Kursus Kecantikan serta 22 Kursus Spa dan Urut.

” Pada tahun ini setakat bulan April, sebanyak 81 kursus yang dilaksanakan telah memberi manfaat kepada 2,050 peserta. Daripada jumlah tersebut, seramai 1,518 peserta (74%) telah memulakan perniagaan dan menjana pendapatan sendiri, manakala 532 peserta (26%) telah menambah baik kemahiran sedia ada hasil daripada latihan yang diterima,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan Dewqn Undangan Negeri (DUN), di sini, hari ini.

Pada masa sama, Fatimah berkata dalam usaha berterusan untuk melahirkan masyarakat yang berpengetahuan dan peka mengenai hak, perundangan serta keselamatan wanita dan institusi keluarga, kursus advokasi kekal menjadi satu daripada agenda JWKS.

Setakat April 2025, tiga kursus advokasi iaitu Kursus Anti Scam Literacy (ASL) , Pocket Talk dan ceramah berkenaan Keganasan Rumah Tangga telah berjaya dilaksanakan bersama rakan strategik.

Ketiga-tiga kursus berkenaan katanya, telah memberi manfaat kepada 590 peserta. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan