MIRI, 27 Mei: Sebuah kereta milik seorang lelaki berusia 57 tahun terbakar di Samling Sdn. Bhd, Jalan Lutong-Kuala Baram di sini, hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 12.50 tengah hari dengan menggerakkan enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong ke lokasi kejadian.
“Kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Proton Exora telah terbakar keseluruhan.
“Tiada mangsa terlibat di dalam kebakaran tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, setelah membuat size up berpandukan konsep RECEO, pihak bomba hanya membuat pemantauan di sekitar lokasi bagi memastikan tiada lagi sumber-sumber yang boleh menyebabkan kecemasan berulang.
“Api telah padam sepenuhnya oleh pasukan ERT Samling dengan mengggunakan media pemadaman dua unit alat pemadam api dan satu pancutan air Jentera ERT milik Samling.
“Punca dan anggaran kerugian masih di di dalam siasatan,” ujarnya.-TVS