Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kerajaan kaji kaedah penjenamaan semula Dewan Suarah Kuching

ByAkma Salleh

KUCHING, 27 Mei: Kerajaan Sarawak kini sedang mengkaji kaedah usaha penjenamaan semula Dewan Suarah Kuching bagi memastikan prasarana di kawasan bandar itu dapat kembali memainkan peranan utama.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah mendedahkan satu sesi bagi makmal khas telah diadakan bagi merangka masa depan Dewan Suarah di seluruh negeri.

Beliau berkata, kajian ini akan melibatkan penilaian menyeluruh bagi mengenal pasti dewan yang akan dikekalkan fungsinya dan yang berpotensi diberi nafas baharu.

“Peranan Dewan Suarah semakin berkurangan di kawasan bandar, tetapi di beberapa kawasan lain, sebagai contoh, seperti di Bau atau Marudi peranannya masih kekal, memandangkan masih belum banyak hotel besar di kawasan tersebut.

Jadi, kami masih sedang meneliti apa yang akan dilakukan terhadap Dewan Suarah. Contohnya, seperti Dewan Suarah di Kuching ia jarang digunakan. Kapasitinya sangat kecil.

“Kalau kita mahu anjurkan persidangan yang melibatkan 1,000 hingga 1,500 orang, memang tidak boleh gunakan tempat itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas penggulungan kementeriannya, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Abdul Karim berkata kerja-kerja menaik taraf Dewan Suarah Kuching dijangka akan bermula bulan depan.

“Saya percaya kerja-kerja membuka bumbung lama dan pemasangan bumbung baharu akan bermula pada bulan Jun,” jelas beliau.

Untuk rekod, Dewan Suarah pertama di Sarawak diasaskan oleh Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai medium pertemuan rakyat pelbagai kaum dengan para pemimpin.

Hari ini, legasi bersejarah itu sedang dikaji semula bagi disesuaikan dengan keperluan semasa golongan belia dan komuniti moden, agar terus relevan dan memberi impak positif kepada masyarakat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan