Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat mangsa ditemui penduduk kampung sebelum diserahkan kepada polis. Foto JBPM Sarawak

Kanak-kanak lelaki lemas di Pantai Kuala Oya

MUKAH, 27 Mei: Seorang kanak-kanak lelaki ditemui meninggal dunia selepas dilaporkan hilang ketika mandi di Pantai Kuala Oya di sini, hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Ammar Amzar Musa berusia 13 tahun, dijumpai oleh penduduk kampung yang turut menyertai operasi pencarian selepas kehilangannya dilaporkan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.18 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah bergegas ke lokasi kejadian.

“Pengadu memaklumkan terdapat seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi di pantai tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Setibanya pasukan bomba di lokasi, mereka dimaklumkan bahawa jasad mangsa telah ditemui oleh penduduk kampung pada jam 6.42 petang.

Mayat mangsa dijumpai dalam radius kira-kira 500 meter dari lokasi terakhir dia disyaki lemas.

Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan proses pengecaman serta siasatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan