Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pihak berkuasa Indonesia menunjukkan syabu yang dirampas pada sidang media di Batam, Kepulauan Riau, Indonesia pada Isnin. Foto David Andreas (TVS)

Indonesia gagalkan cubaan seludup dua tan syabu di Selat Melaka

ByTVS

BATAM, 27 Mei: Badan Narkotika Nasional (BNN) Indonesia dengan kerjasama Jabatan Kastam, Polis Indonesia dan Tentera Laut Indonesia (TNI AL) pada Ahad menggagalkan cubaan menyeludup dadah jenis syabu seberat dua tan dari sebuah kapal tangki yang sedang belayar di perairan Selat Melaka.

Difahamkan, operasi bersepadu itu adalah hasil risikan terhadap pergerakan kapal tangki yang dipercayai dikendalikan sindiket dadah antarabangsa.

Ketua BNN, Marthinus Hukom, berkata pasukan gabungan bertindak berdasarkan maklumat risikan dengan melancarkan rondaan bersama sebelum berjaya mengesan dan menahan kapal berkenaan untuk pemeriksaan lanjut.

“Hasil pemeriksaan menemukan 67 kotak coklat mengandungi 2,000 bungkusan plastik teh berwarna hijau yang berisi serbuk kristal dipercayai syabu seberat dua tan,” katanya pada sidang media di Jeti Tanjung Ucang, Batam, Kepulauan Riau pada Isnin.

Beliau turut memaklumkan, enam suspek telah ditahan dalam serbuan itu, termasuk empat warga Indonesia, manakala dua lagi merupakan warga Thailand.

Siasatan awal mendapati dadah terbabit dipercayai dibawa dari Phuket, Thailand dan dirancang untuk diseludup ke Filipina melalui perairan Indonesia.

Rampasan itu disifatkan sebagai yang terbesar dalam sejarah Indonesia membabitkan penyeludupan syabu.

Kesemua barang rampasan, termasuk kapal dan para suspek, dibawa ke darat untuk siasatan lanjut dan mereka dijangka berdepan pertuduhan yang memperuntukkan hukuman maksimum, termasuk hukuman mati.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan